Friday, May 17, 2024

Ketahui Perbezaan Di Antara Sneakers, Kasut Formal, Sandal & But

Sneakers: Sneakers sering digunakan untuk aktiviti sukan atau gaya kasual. Biasanya mempunyai tapak yang selesa, fleksibel serta bahagian atas selalunya diperbuat daripada kanvas atau kulit sintetik. Sneakers popular dalam kalangan remaja dan dewasa kerana gaya yang serba boleh.

Kasut Formal: Kasut formal juga dikenali sebagai kasut empuk yang biasa dipakai untuk acara rasmi seperti perkahwinan dan acara perniagaan. Bahagian atas diperbuat daripada kulit tulen atau bahan sintetik berkualiti tinggi dan tapaknya biasanya diperbuat daripada kulit atau bahan yang kukuh.

Sandal: Sandal ialah sejenis kasut terbuka yang biasa dipakai untuk cuaca panas atau aktiviti kasual. Mempunyai tapak rata dengan tali untuk menyokong kaki dan tersedia dalam pelbagai reka bentuk serta bahan, termasuk kulit, getah atau kanvas. Sesuai untuk dipakai semasa aktiviti santai.

But: But ialah sejenis kasut yang menutupi kaki dan buku lali dengan tapak kaki yang lebih tebal dan lebih tahan lama. Sama ada rata atau bertumit, but biasanya diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik tahan lama. But sering dipakai dalam cuaca sejuk, berlumpur ataua gaya klasik.