Friday, May 17, 2024

Nak kurus kena tahu kalori dalam badan

SETIAP makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai kalori dan ia boleh diukur dengan unit kilokalori atau Kcal.

Tahukah anda bahawa kalori diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian? Aktiviti yang memerlukan kalori termasuklah :

*Pengekalan suhu badan

*Aktiviti metabolisma

*Proses pertumbuhan

*Aktiviti fizikal

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN KALORI HARIAN ANDA

*Jantina

*Umur

*Aktiviti Fisikal

Lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita disebabkan peratusan otot yang lebih banyak pada tubuh mereka.

Remaja juga memerlukan lebih kalori daripada orang dewasa kerana mereka sedang melalui proses pertumbuhan yang pesat.

Keperluan kalori juga akan meningkat jika seseorang individu tersebut mengamalkan aktiviti fizikal yang aktif berbanding yang kurang aktif atau sedentari. Contohnya pekerjaan seorang petani, buruh, pekerja ladang, penternak adalah lebih aktif dan memerlukan lebih kalori berbanding pekerjaan sebagai seorang guru, pegawai-pegawai kerajaan, kerani dan sebagainya.

KESAN-KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN KALORI

*Kurang berat badan/ susut berat badan.

*Kekurangan nutrien tertentu yang diperlukan oleh tubuh.

*Bantut dalam kalangan kanak-kanak (dalam tempoh masa yang lama).

Ilmu tentang cara kira kalori makanan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengekalkan berat badan yang ideal.

Bagi yang tidak tahu, anda juga boleh menjejaki pengambilan kalori anda setiap hari menggunakan aplikasi dari telefon mudah alih anda.

Antara aplikasi menarik yang boleh anda cuba untuk kira kalori harian adalah MyFitnessPal yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

Google Play – Untuk pengguna Android

App Store – Untuk pengguna iOS

Ia menjejaki berat badan anda dan mengira pengambilan kalori harian yang disyorkan selain turut mempunyai diari makanan yang direka dengan baik dan log senaman.

Halaman utama memberikan gambaran yang jelas tentang jumlah kalori yang telah anda makan pada siang hari.

Di samping itu, ia menunjukkan baki pengambilan disyorkan anda dan berapa banyak kalori yang telah anda bakar dengan bersenam.

Jika anda menggunakan peranti penjejakan kecergasan, MyFitnessPal boleh memasukkan datanya dalam log latihan.

Selain itu, pengimbas kod bar MyFitnessPal membolehkan anda memasukkan maklumat pemakanan beberapa makanan yang dengan serta-merta.

Aplikasi ini turut memaparkan carta pai, menunjukkan pecahan karbohidrat, protein dan lemak anda, membantu anda kira kalori harian dengan lebih efektif.

Walaupun aplikasi ini mungkin tidak mengandungi data untuk kebanyakan makanan dari Malaysia, anda boleh memasukkan data baru dan menyimpannya data tersebut dalam aplikasi ini untuk menggunakanny berkal-kali pada masa hadapan.