Friday, May 17, 2024

Nantikan Konsert Siti Nurhaliza pada Ogos ini, harga tiket bermua dari RM248

JOM saksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia, dalam konsert langsungnya pada 10 Ogos 2024 di Arena of Stars, Resorts World Genting!

Siti Nurhaliza, yang diakui sebagai nadi penting dalam industri muzik Malaysia, telah memenangi pelbagai penghargaan termasuk empat MTV Asia Awards, tiga World Music Awards, dan dua Anugerah Muzik Indonesia. Beliau juga merupakan juara Voice of Asia di Kazakhstan dan memenangi pertandingan Shanghai Music Festival di Shanghai.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menikmati lebih dari 20 lagu hit sepanjang kariernya, termasuk lagu-lagu dari album terbarunya, Sitism.

Nantikan malam fenomenal bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Arena of Stars pada 10 Ogos ini! Tiket untuk Siti Nurhaliza Cinta Di Awan akan tersedia untuk dibeli pada 25 April 2024 mulai jam 12 tengah hari. Harga tiket adalah RM688 (VIP), RM498 (PS1), RM388 (PS2), dan RM248 (PS3).

Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, lawati laman web rwgenting.com atau myticket.asia. – REFLEKS!

Baca ini > Tiket Terjual Habis Kurang Dua Jam, Konsert Siti Nurhaliza Di Singapura Ditambah Lagi Sehari