Friday, May 17, 2024

Pengunjung berpeluang bawa pulang duit raya RM100,00 di Star Vendor!

PENGUJUNG berpeluang bawa pulang duit raya RM100,00 di Star Vendor!
ACARA yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, Starvendor KLCC Mega Raya Fest 2024 bakal diadakan pada 29 Mac hingga 1 April ini selama 24 jam tanpa henti bermula 8 malam.

Dengan kehadiran 70 selebriti dan pempegaruh media sosial terkenal turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

Antara selebriti yang akan buka booth di acara tersebut

Menurut Pengarah Eksekutif dan pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd serta selebriti, Datuk Saripah Raziah atau lebih mesra dipanggil Ifa Raziah anjuran kali ke-15 ini membuka ruang kepada semua usahawan tempatan dan selebriti untuk berniaga.


Ifa juga turut mengumumkan bakal kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi (KUSKOP) dalam membantu usahawan di acara ini.

‘’Alhamdulilah hujung-hujung baru banyak penaja nak masuk, terbaru saya dapat kerjasama dengan KUSKOM turut membantu usahawan dan dapat subsidi dari kerajaan sebanyak RM500,00 sepanjang acara berlangsung.

‘’Selain itu tajaan dari BMW sebagai rakan strategik, jika pengunjung masuk di foyer akan nampak kereta bersusun ke dalam hall kita, untuk tahun ini kita cuma buka hall 4 dan 5 berbeza pada tahun lepas kerana saya mahu vendor semua buat sales berbanding tahun lepas’’. Jelasnya.

Dalam pada yang sama selebriti terkenal, Shuib Sepatu merupakan pemilik Bee Society turut bersama berikan kereta mewah Audi TT dan duit cash RM100,00 serta Iphone 14 khas kepada pegujung yang bertuah.

Acara ini juga memberi tumpuan kepada pelbagai pilihan jenama dan produk termasuk fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan keperluan rumah, kuih raya , makanan minuman dan lain-lain yang membabitkan lebih 300 lot ‘booth’.

Antara barisan selebriti dan ”influencer‟ yang turut serta dalam Festival No.1 ini adalah Dato‟ Sri Siti Nurhaliza, Dato‟ Sri Aliff SyukriDato‟ Ifa Raziah, Shuib Sepahtu, Datin Sri Shahida, Erra FaziraBella Astillah, Shahrul RidzwanDiana Danielle, Syatilla Melvin, Shahiezy SamEira Syazira, Azad JasminAisha Retno, Risteena, Chacha & Emma Maembong, Nadia BrianRita Rudaini, Mawar Rashid, Black, Zulin Aziz, Kak KM, Puspagomen, Cikidot, Han Budak Cina dan ramai lagi.

Tambahan pula, tahun ini Bank Rasmi Starvendors , Affin Bank juga menyediakan fasiliti perbankan dan terminal kad khas untuk usahawan-usahawan Starvendors. Juga, Rakan Kurier Rasmi , Pos Malaysia Berhad akan memberi perkhidmatan Pos sewaktu acara yang boleh di nikmati oleh pengunjung-pengunjung dan juga usahawan-usahawan yang berniaga secara online sewaktu acara dijalankan.