Friday, May 17, 2024

Wah Bestnya Fendy Bakry Beraya Di Kampung Isteri, Siap Bersanding Lagi Tu!

PELAKON, Fendy Bakry menjelaskan bahawa mereka ke Medan, Indonesia untuk meraikan perayaan Aidilfitri sekaligus memenuhi permintaan ahli keluarga untuk melangsungkan majlis persandingan.

“Niat saya dan isteri ke Medan hanyalah ingin menyambut Aidilfitri & kebetulan pula makcik-makciknya mahu kami meraikan majlis persandingan bersama adik-adik isteri saya dalam satu majlis kecil yang hanya mengundang ahli keluarga terdekat sahaja”. Katanya pada Suara Merdeka

Fendy bersama Isterinya, Ayu Afnizar mengenakan persalinan adat Jawa pada 13 April 2024, Sabtu lalu dan disambut dengan meriah.

Memandangkan COVID-19 melanda semasa majlis pernikahan mereka, ada ahli keluarga yang jauh tidak dapat hadir.

“Masa kami nikah dulu kan PKP, sedara-sedara jauh ramai yang tak boleh hadir. Selain menyambut Aidilfitri & bersanding kami juga mengadakan kenduri tahlil serta berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim di sana. Walaupun semua persiapan dilakukan “last minute” tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

“Masa raya ini lah keluarga yang datang dari Jakarta, Padang dan Thailand boleh berkumpul setahun sekali bersama-sama. Kami di Medan cuma 3 hari sahaja kerana kami perlu melaksanakan tugas dan pekerjaan masing-masing yang tertangguh”, jelas Ayu lagi.

Fendy baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 12 episod yang bertajuk Terjerat & bakal ditayangkan di platform IQIYI tak lama lagi.