Friday, May 17, 2024

MINAZ rai koleksi Aidilfitri di Festival Ramadan Putrajaya 2024

Buat julung kalinya, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, MINAZ mengadakan pertunjukan fesyen di Putrajaya sempena meraikan koleksi Aidilfitri 2024.

 

Jenama MINAZ yang terkenal dengan rekaan yang santai tetapi mewah, sekali lagi memberikan sentuhan ajaib dalam memperkenalkan koleksi ‘Lebaran Kita – Sempurna’.

Koleksi Abaya Minaz

Ia adalah menerusi barisan koleksi produk baharuny iaitu ‘ABAYA SERIES’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah.

 

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Puan Hajjah Hafiza Dato’ Abdul Hamid, istimewa pada tahun ini, pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.

Kata beliau, setiap helai pakaian di dalam koleksi ini direka dengan teliti oleh Pengarah Fesyen MINAZ,  Pija MINAZ & Tim dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden untuk mencipta gaya yang unik tetapi tetap bersahaja dan sesuai dipakai bukan sahaja cuma  dihari raya.

 

“ Tema Lebaran Kita kali ini mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.

“Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.

 

“MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.

 

“Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah.

“Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama para pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini ‘Lebaran KITA’ lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ,”katanya.

 

Kongsi Puan Hafiza lagi, sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.

 

Selain itu, bercakap mengenai kerjasama dengan penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya serta Ingenious Creative Lab Sdn BHD, MINAZ tidak menolak bahawa ia merupakan satu usahasama dan sinergi yang baik.

 

“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,”katanya.

 

Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Puan Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industry tekstil dan pakaian.

 

“Tidak lain dan tidak bukan, harapan kami adalah untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat para wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan para pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini,”katanya.

Artikle Berkaitan :>

Jom meriahkan Festival Ramadhan mesra bersama TikTokers