Friday, May 17, 2024

Fatin Nabilah Si Curly Pilot Rancang Terbit Lagu, Fokus Dalam Bidang Seni

Jika menyebut tentang juruterbang wanita di Malaysia, nama Fatin Nabilah Musa yang juga dikenali sebagai Curly Pilot pasti akan diungkapkan.

Lebih-lebih lagi Fatin bukanlah seseorang yang baharu dalam dunia penerbangan, kisahnya merentas ruang udara telah pun berkibar di kebanyakan media.

Ujar Fatin, dia menceburi dunia penerbangan seawal usia 20-an dan kini boleh dikatakan telah pun memiliki pengalaman sekitar enam tahun.

Baginya, peluang merentas udara sebagai seorang juruterbang adalah satu pengalaman yang cukup hebat dan memberi pelbagai makna.

Rancang Buka Studio

Dalam satu pertemuan ringkas, Fatin memberitahu dia kini sedang berehat buat seketika dari dunia penerbangan dan mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Antara perancangan yang sedang disusun, Fatin mahu membuka sebuah studio di Bangi, Selangor untuk mengekspresikan bakat seni yang dimilikinya.

“Selain bergelar seorang juruterbang, saya turut mempunyai minat lain seperti berlakon, menjadi model dan juga meneroka dunia muzik.

“Atas sebab itu, salah satu perancangan saya adalah membuka sebuah ruang yang diberi nama ‘Koma Kraitiv Studios’ dan ia akan beroperasi di Bangi,” katanya.

Mula Tulis Lirik

Bagi menjayakan perancangan itu, Fatin memulakan langkah awal dengan menulis lirik dan mahu menjadikan Koma Kraitiv Studios sebagai ruang bereksperimentasi.

“Di Koma Kraitiv Studios nanti, saya bukan sahaja akan nyanyikan lagu-lagu cover malah bercadang untuk tampil dengan lagu baharu yang sedang dicipta.

“Lagu-lagu nyanyian Ella, May serta Wings menjadi sandaran inspirasi untuk saya berkarya dalam dunia seni yang diceburi kelak,” katanya kepada Refleks.my.

Selain tiga nama yang disebut, Fatin turut menjadikan Scissors dan Kendrick Lamar sebagai watak penting dalam bidang muzik yang diminatinya.

Kerinting Yang Unik

Jika melangkah masuk atau hadir ke sesebuah acara, penampilan Fatin boleh dikatakan pasti akan menarik perhatian ramai.

Hal ini demikian kerana Fatin bukan sahaja memiliki raut wajah yang jelita malah gaya rambut kerintingnya tersangat unik.

“Untuk kekalkan gaya rambut sebegini, memang perlu untuk saya buat treatment. Namun kadang-kala memadai dengan penjagaan secara semula jadi.

“Antara komen orang yang terdekat, mereka katakan gaya rambut saya sebagai unik serta comel kerana tidak ramai yang berpenampilan begini,” katanya.\

Baca Juga > “Wanita Memang Power.. Be Crazylah,” – Syafiqah Shahnurin

Kombinasi Hebat Masa Depan

Bayangkan dalam tempoh sedikit masa lagi, industri muzik akan menerima seorang lagi penyanyi baharu yang cantik jelita serta memiliki penampilan yang unik.

Ia bukan sahaja menjadi satu kombinasi hebat masa depan malah dijangka akan menarik lebih ramai peminat daripada pelbagai segmen yang berbeza.

Akan ada peminat lama yang sudah pun mengikuti Fatin sebagai seorang juruterbang wanita berpengalaman.

Dan akan muncul juga peminat baharu yang teruja dengan lagu-lagu dendangan Fatin menerusi platform semasa ketika itu.

Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!
Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!