Friday, May 17, 2024

Banyak Rujuk CSI Serta Law & Order, Sheriff Filem Aksi Pertama Azira Shafinaz

Pelakon serta penyanyi De Fam, Azira Shafinaz mendedahkan dia banyak menonton drama bersiri seperti CSI serta Law & Order untuk menjayakan watak DSP Syazlin.

DSP Syazlin digambarkan sebagai seorang tegas, kuat menyimpan rahsia serta berperanan penting dalam Unit Narkotik.

Namun segalanya menjadi huru-hara apabila ketuanya dibunuh Meth Killer dan DSP Syazlin disyaki menjadi ‘tikus’ kepada Tony Ifrit, dalang sindiket syahbu.

Yang menjadi perhatian dalam filem Sheriff, lakonan Azira Shafinaz sebagai DSP Syazlin amat berkesan kerana berjaya menimbulkan emosi yang luar biasa.

“Terus terang saya katakan, ini filem aksi saya yang pertama. Saya ingin berterima kasih kepada Syafiq Yusof, Skop Production dan Astro Shaw atas kepercayaan yang diberikan.

“Bagi saya, filem ini adalah sesuatu yang amat berbaloi untuk ditonton kerana mesejnya harus difahami bersama,” katanya ketika ditemui di GSC Mid Valley.

Baca Juga > Syafiq Yusof Ambil Risiko Dedah Sisi Gelap Dunia Kepolisan Dalam Sheriff

Sheriff merupakan sebuah filem terbitan Skop Production bersama Astro Shaw dan akan ditayangkan bermula 18 April 2024 serentak di 160 pawagam.

Ia mengisahkan Sheriffudin atau Sheriff (lakonan Zul Ariffin) dari Unit Integriti diserap masuk ke Unit Narkotik bagi menyiasat dan mencari Meth Killer.

Selain Zul Ariffin, filem ini turut dijayakan dengan lakonan hebat Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Elizabeth Tan serta ramai lagi.

Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!
Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!