Friday, May 17, 2024

Queen Nad Sedia Pertaruh Vokal Untuk Genre Dangdut Dan Balada

Gadis kacukan Melayu Thailand, Queen Nad sedia pertaruhkan vokal bergenre dangdut dan balada untuk halwa telinga peminat The Difference.

Bagi Queen Nad, 29, dia amat teruja untuk mengorak langkah bersama The Difference dalam meneroka perjalanan industri muzik tanah air.

“Segala-galanya bermula daripada sesi ujibakat. Saya pula jenis suka mencuba dan akan kecewa jika tidak mencuba.

“Maka keputusan akhir daripada sesi ujibakat tersebut, saya terpilih menjadi sebahagian daripada anggota The Difference,” katanya.

The Difference dianggotai Narcos, Naim, Serina, Queen Nad dan Alkausar.
The Difference dianggotai Narcos, Naim, Serina, Queen Nad dan Alkausar.

Queen Nad berkata demikian ketika ditemubual Refleks.my di studio S-Ruang, Diamond Square semasa sesi fotografi Aidilfitri.

Ujar gadis jelita ini, dia meminanti bidang nyanyian sejak dari zaman persekolahan dan gemar menyertai program nyanyian termasuk koir atau nasyid.

Baca Juga > The Difference Tampilkan Kelainan-Pop (Ke-Pop) Bagi Industri Muzik Malaysia

“Bagi saya, menyanyi dapat memberi satu kepuasan. Selain itu, ia memberi saya peluang untuk berekspresi dengan diri saya sendiri.

“Saya melihat ada masa hadapan baharu bersama kumpulan nyanyian The Difference dan ini adalah percubaan saya yang agak berani,” katanya.

Gadis jelita berketurunan Melayu-Thailand, Queen Nad amat positif dalam setiap perkara yang dilakukannya.
Gadis jelita berketurunan Melayu-Thailand, Queen Nad amat positif dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Selain dikurniakan bakat nyanyian, Queen Nad berkongsi cerita kakaknya turut menjadi inspirasi kerana sering menyertai program seperti Bintang RTM dan sebagainya.

“Saya menyaksikan kegigihan dan keyakinan kakak untuk menaikkan dirinya dalam bidang nyanyian agar lebih dikenali.

“Ia bukanlah satu usaha yang mudah dan apabila ia berbalik kepada diri, saya juga akan terbang bersamanya dalam menggapai impian,” katanya. – Refleks.my

Ingin tonton video lagu Jom Raya Bersamaku? Klik pautan di bawah!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!