Friday, May 17, 2024

“Wanita Memang Power.. Be Crazylah,” – Syafiqah Shahnurin

Jika mengikuti program pencarian Gadis Campbell, nama Syafiqah Shahnurin boleh dikatakan antara yang terhangat sekitar 2021.

Syafiqah bukan sekadar wanita jelita yang memenuhi kriteria program sebaliknya turut memiliki pengalaman ahli perniagaan.

Kongsi Syafiqah, wanita tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memajukan diri kerana trend dunia telah berubah.

“Wanita perlu mencari peluang dan tidak harus ketinggalan termasuk menguasai pendidikan untuk meletakkan wanita sebaris dengan individu lain.

“Disebabkan itu, biar pun saya mempunyai kerjaya hakiki kini, saya tetap menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master),” katanya.

Mengulas tentang cabaran belajar sambil bekerja, Syafiqah yang berasal dari Melaka menegaskan ia bukanlah satu masalah besar.

“Ketika ini saya melanjutkan pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan dan kelas saya cuma pada hujung minggu sahaja.

“Biar pun saya bekerja pada hari biasa, ia tidak mengganggu sebaliknya membuatkan saya dapat belajar lebih banyak perkara,” ujarnya.

Oleh hal yang demikian, tahun 2024 menyaksikan Syafiqah mengorak langkah maju dan memikul peranan sebagai ketua program Bazaar Lokal.

“Bazaar Lokal merupakan sebuah projek ekonomi PKNS Real Estate Sdn Bhd untuk membantu usahawan tempatan menjana pendapatan.

“Konsepnya lebih kepada kerjasama dengan cara vendor perlu mempamerkan produk dan jualan akan dibuat oleh pegawai bertugas,” katanya.

Baca Juga > Fatin Nabilah Si Curly Pilot Rancang Terbit Lagu, Fokus Dalam Bidang Seni

Ujar anak kedua daripada lima orang adik-beradik ini, pengalaman menjadi ketua program Bazaar Lokal sangat memberikan seribu satu makna.

Namun yang paling penting, wanita harus kuat, kuasai ‘kegilaan’, yakin pada diri serta percaya proses yang datang dan pergi dalam hidup.

Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!
Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!