Friday, May 17, 2024

The Difference Tampilkan Kelainan-Pop (Ke-Pop) Bagi Industri Muzik Malaysia

Kumpulan nyanyian terbaharu tempatan, The Difference tampilkan irama kelainan-pop atau singkatannya, ke-pop bagi industri muzik Malaysia.

The Difference dianggotai lima ahli kumpulan dari pelbagai latar belakang namun mempunyai minat yang sama dalam bidang nyanyian.

Ujar Naim Fareez selaku ketua kumpulan nyanyian berkenaan, idea penubuhan The Difference telah wujud sekian lama.

Baca Juga > Rezeki Ujibakat, Karier Bersama The Difference Satu Pengembaraan – Serina

Namun disebabkan pandemik Covid-19 yang turut melanda negara, perancangan itu dijedakan buat sementara waktu.

“The Difference dianggotai dua vokalis wanita serta tiga vokalis lelaki dan mereka adalah Queen Nad, Serina, Narcos, Alkausar serta saya sendiri.

“Untuk masa terdekat, The Difference tampilkan single pertama berjudul Jom Raya Bersamaku dan ia boleh ditonton di saluran YouTube,” katanya.

Baca Juga > Queen Nad Sedia Pertaruh Vokal Untuk Genre Dangdut Dan Balada

Naim berkata demikian ketika ditemubual Refleks.my di studio S-Ruang, Diamond Square semasa sesi fotografi Aidilfitri.

Ujar Naim, lirik single pertama berjudul Jom Raya Bersamaku itu ditulis oleh Mika dan Boy Razak bertindak sebagai komposernya.

Dalam masa sama, Seni Zaman Legasi (SZL) Music Entertaiment bertindak sebagai penerbit dan penghasilan klip muzik raya itu adalah satu eksperimen pertama.

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!