Friday, May 17, 2024

Syafiq Yusof Ambil Risiko Dedah Sisi Gelap Dunia Kepolisan Dalam Sheriff

Pengarah filem yang semakin matang karyanya, Syafiq Yusof dengan beraninya mengambil risiko memasukkan sisi gelap dunia kepolisan dalam Sheriff.

Bagi Syafiq, zaman telah berubah dan sisi gelap dunia kepolisan yang dilakukan segelintir individu dalam organisasi itu tidak dapat disorok lagi.

Namun yang ditayangkan dalam filem Sheriff, ia adalah sebahagian babak untuk dijadikan sebagai iktibar agar salah laku yang kurang elok dikekang.

“Sheriff adalah filem terpanjang yang pernah saya hasilkan. Mengambil masa kira-kira 81 hari. Lebih panjang berbanding Polis Evo 3.

Baca Juga > Banyak Rujuk CSI Serta Law & Order, Sheriff Filem Aksi Pertama Azira Shafinaz

“Idea asal filem ini datang dari bapa saya, Datuk Yusof Haslam, namun terdapat beberapa perkara saya dan rakan ubah suai agar lebih relevan,” katanya.

Ujar Syafiq, dia akan merasa kecewa jika Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak skrip yang dikemukakan.

“Namun setelah skrip dihantar ke Bukit Aman, berlalu beberapa penilaian dan ubah suai, ia akhirnya diluluskan dan penggambaran pun dijalankan.

“Kalau tak silap, penggambaran untuk filem Sheriff ini telah pun dimulakan beberapa tahun lalu dan barulah berpeluang ditayangkan tahun ini,” katanya.

Sheriff merupakan sebuah filem terbitan Skop Production bersama Astro Shaw dan akan ditayangkan bermula 18 April 2024 serentak di 160 pawagam.

Ia mengisahkan Sheriffudin atau Sheriff (lakonan Zul Ariffin) dari Unit Integriti diserap masuk ke Unit Narkotik bagi menyiasat dan mencari Meth Killer.

Selain Zul Ariffin, filem ini turut dijayakan dengan lakonan hebat Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Elizabeth Tan serta ramai lagi.

Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!
Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!