Friday, May 17, 2024

Salam Lestari Malaysia, Kopi Cinta Santuni Warga Bukit Kerinchi

Dalam mengimarahkan penghayatan 10 Ramadan terakhir, Salam Lestari Malaysia dan Kopi Cinta mengambil pendekatan untuk menyantuni warga Bukit Kerinchi.

Salam satu program yang diadakan adalah mengagihkan 200 bubur lambuk, 170 rendang bersama pulut serta sajian istimewa daripada Dapur Barakah.

Program ini telah dilaksanakan pada 5 April 2024 di Masjid Al-Iklhasiah, Bukit Kerinchi, dan memanfaatkan ratusan jemaah yang berbuka puasa di masjid tersebut.

Ujar Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Haji Abbas Mohamed Khatib, progam tersebut adalah satu perkara yang baik kerana berkongsi rezeki adalah amalan yang mulia.

“Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin serta limpah rahmatnya, program anjuran Salam Lestari Malaysia dan Kopi Cinta dapat dilaksanakan.

“Koloborasi antara pelbagai badan bukan Kerajaan (NGO) memberi kesempatan kepada kami untuk menikmati hidangan dari Dapur Barakah,” katanya.

Abbas berkata demikian kepada media semasa ditemui di Masjid Al-Iklhasiah sempena program Lestari In The City anjuran Salam Lestari Malaysia dan Kopi Cinta.

Sementara itu, Ketua Publisti Salam Lestari Malaysia, Suraya Rahman berkata, keunikan penganjuran program kali ini adalah terus menjadikan masjid sebagai inklusif.

“Kami adalah usahawan kebajikan yang telah banyak menjayakan program sedekah dan hari ini, Kopi Cinta bertindak sebagai penganjur utama.

“Penganjuran program ini turut disokong Lime Digital serta mendapat penglibatan rakan Madani, Persatuan Kebajikan Sinar Matahari,” katanya.

Kongsi Suraya, pemilihan Masjid Al-Iklhasiah sebagai lokasi penganjuran adalah bukan kerana semata-mata lampu hijau yang diberikan.

Sebaliknya, pihak masjid begitu komprehensif dalam menjayakan program kemasyarakatan sehingga siap menyediakan kemudahan infrastruktur mewakili penganjur.

“Misi kami adalah menjadikan masjid sebagai satu tempat yang hidup termasuk untuk perniagaan, aktiviti yang sihat dan sebagainya serta terbuka untuk semua.

“Selain itu Dapur Barakah mengekal objektif mahu mewujudkan suasana sifar kemiskinan dengan cara memperkasakan wanita serta belia,” ujar Suraya. – Refleks.my

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!