Friday, May 17, 2024

300 Medal & Hadiah RM200 Menanti Peserta Fun Walk Di Taman Tasik Danau Kota

Sempena Karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju menganjurkan acara Fun Walk sejauh 2.3KM dengan tema Bandar Rendah Karbon.

Dalam erti kata lain, peserta digalakkan menyertai Fun Walk dengan pakaian kreatif bertemakan Bandar Rendah Karbon dan berpeluang memenangi wang tunai RM200.

Peluang Menang RM200 Dengan Pakaian Kreatif Bertemakan Rendah Karbon

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata, untuk kategori pakaian kreatif bertemakan rendah karbon, seramai 10 individu akan dipilih sebagai pemenang.

“Penilaian akan dibuat semasa Fun Walk berlangsung dan peserta perlu melengkapkan dua check point yang merangkumi dua pusingan Taman Tasik Danau Kota.

“Disebabkan ia adalah Fun Walk dan bukan larian, peserta boleh berjalan secara santai untuk melengkapkan dua pusingan sejauh 2.3KM,” kata pusat khidmat.

Penyertaan Fun Walk adalah percuma dan hadiah berupa 300 medal serta wang tunai RM200 untuk 10 peserta dengan pakaian bertemakan Bandar Rendah Karbon sedia untuk disampaikan.
Penyertaan Fun Walk adalah percuma dan hadiah berupa 300 medal serta wang tunai RM200 untuk 10 peserta dengan pakaian bertemakan Bandar Rendah Karbon sedia untuk disampaikan.

300 Medal Finsher Disediakan Untuk 100 Peserta Terawal Mengikut Tiga Kategori

Mengulas lanjut tentang Fun Walk yang dianjurkan, 300 medal finisher turut akan diberikan kepada 300 yang terawal menamatkan acara tersebut.

“300 medal finisher tersebut akan dipecahkan kepada tiga kategori merangkumi peserta bawah 18 tahun, 21 tahun hingga 45 tahun, serta 46 tahun dan ke atas.

“Hal ini bermakna setiap kategori, akan ada 100 penerima dan tujuan medal finisher ini diberikan adalah sebagai tanda kenang-kenangan,” ujar pusat khidmat.

Taman Tasik Danau Kota menjadi lokasi rasmi penganjuran Karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 yang akan berlangsung pada 24 Februari 2024 bermula 6.45 pagi hingga 2.00 petang.
Taman Tasik Danau Kota menjadi lokasi rasmi penganjuran Karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya 2024 yang akan berlangsung pada 24 Februari 2024 bermula 6.45 pagi hingga 2.00 petang.

Dibidik Jurugambar Professional

Selain itu, pusat khidmat selaku penganjur turut menyediakan satu stesen foto di hadapan tanda nama Taman Tasik Danau Kota.

“Peserta yang menyertai Fun Walk dan menghadiri Karnival Wangsa Maju Kita Punya boleh bergambar secara percuma dan dibidik oleh jurugambar professional.

“Ia merupakan aktiviti sampingan yang disediakan setelah peserta mendaftarkan diri untuk mendapatkan Kad Wangsa Maju Kita Punya di kaunter urusetia,” kata penganjur.

Menariknya, tanggal 24 Februari 2024 turut merupakan hari pertama Kad Wangsa Maju Kita Punya dilancarkan dan ia adalah satu peluang hebat untuk warga Wangsa Maju.

Dengan memiliki Kad Wangsa Maju Kita Punya, individu yang bermastautin dalam Wangsa Maju berpeluang menikmati manfaat yang disediakan oleh pusat khidmat.

Set Baju Sekolah Percuma Untuk Pelajar Sekolah Rendah

Antara manfaatnya adalah seperti set baju sekolah percuma untuk pelajar sekolah rendah yang boleh dituntut ibu bapa atau penjaga selepas menamatkan acara Fun Walk.

Untuk memastikan anak-anak yang hadir mendapat set pakaian yang lengkap termasuk baju, seluar dan kasut, daftar kehadiran pada pautan Google Form berikut:

https://forms.gle/SyGq94nNZmrSQDS86

Untuk maklumat lanjut mengenai aktviti keseluruhan, boleh merujuk Facebook Page Zahir Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Wangsa Maju.