Monday, May 6, 2024

UGREEN lancar pengecas Nexode RG 65W sebagai teman robot yang comel lagi praktikal

MODEL kerja jarak jauh yang kian popular menyebabkan ramai rakyat Malaysia memerlukan kuasa bateri yang bertahan lama.

Justeru, permintaan terhadap pengecas mudah alih turut melonjak. Menurut Allied Market Research, pasaran pengecas mudah alih global diunjurkan mencecah USD $17.3 bilion menjelang 2031, dengan Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (CAGR) sebanyak 9.8 peratus dari 2022 hingga 2031.

Sehubungan itu, UGREEN telah melancarkan Nexode RG 65W Charger yang inovatif ‘teman robot’ anda yang selamat dan mempunyai berbilang port.

Nexode RG mempunyai banyak peranan satu karya seni, aksesori harian, dan pengecas mudah alih dengan cip GaNFast™ yang mampu mengecas tiga kali ganda lebih pantas daripada pengecas tradisional yang berasaskan silikon.

Berbeza daripada reka bentuk pengecas konvensional, reka bentuk robotnya yang menarik bertujuan memperkaya gaya hidup para pengguna melangkaui ciri fungsi.

Saiz kecilnya didayakan oleh teknologi Airpyra™ yang membolehkannya mudah dibawa dan menjadi ‘teman’ yang ideal di rumah, tempat kerja atau mana-mana sahaja.

Berbekalkan 2 port USB C dan 1 port USB A, ia serasi dengan semua peranti moden seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan sebagainya.

Malah, ia mampu mengecas iPhone 15 Pro hingga 60 peratus, dan MacBook Air M2 hingga 51 peratus dalam hanya 30 minit.

Pengurus Produk UGREEN, Christy Wang berkata, Nexode RG direka bentuk oleh Canyu Yang, yang bertekad mencabar tradisi dengan menggunakan gaya minimalis yang berfokuskan perniagaan.

“Canyu, yang telah hidup dan bekerja sendirian selama bertahun-tahun, sering mengidamkan lebih ramai teman baik.

“Jadi, dia memberi tumpuan untuk menghasilkan peranti pengecasan yang berfungsi sebagai ‘teman hidup’.

“Dia memutuskan untuk menyatukan estetika seni dengan saiz yang menarik bagi meningkatkan daya tarikan pengecas, serta menerapkan minatnya terhadap muzik ke dalamnya, sekali gus melahirkan konsep robot yang comel dan berserta fon kepala,” katanya.

Peminat produk teknologi dan gaya hidup pasti akan jatuh cinta dengan skrin LED mini yang menawanini.

Ia mempamerkan emoji dengan ekspresi yang berubah-ubah mengikut status pengecasan masa sebenar.

Malah, saiznya yang padat menjadikannya sempurna untuk pengecasan 65W yang pantas pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Selain itu, but-nya boleh ditanggalkan untuk dijadikan kaki sokongan dan aksesori pelindung untuk serampang Nexode RG.

Komitmen UGREEN terhadap keselamatan pengguna tertonjol melalui keprihatinannya tentang soal keselamatan. Ramai pengguna mungkin bimbang tentang keselamatan pengecas mudah alih, seperti suhu terlampau tinggi, pengecasan berlebihan atau kerosakan pada peranti.

Justeru, Nexode RG dibina dengan bahan kalis api dan bertahan lama, manakala sistem pemantau suhu UGREEN yang dikenali sebagai Thermal GuardTM yang memberi keselamatan tambahan pula dapat mencegah isu litar pintas, beban lampau dan lebihan voltan.

Di samping itu, penggunaan teknologi GaN mencerminkan komitmen UGREEN terhadap tanggungjawab sosial, kesejahteraan manusia dan soal alam sekitar.

Berbeza daripada cip silikon, cip GaN bukan sahaja menghasilkan pengecas bersaiz kecil dan ringan, tetapi juga meningkatkan kecekapannya bagi mengurangkan penghasilan sisa haba.

Justeru, ia adalah alternatif yang mampan dan mesra alam dimana setiap cip mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 4 kilogram berbanding cip silikon tradisional.

Menurut UGREEN, Nexode RG mewakili kemajuan, reka bentuk yang bijak dan tanggungjawab alam sekitar.

Ia mewujudkan satu masa depan di mana pengecasan bukan sekadar praktikal tetapi juga menyeronokkan, sekali gus menawarkan pengalaman pengecasan yang premium buat pengguna Malaysia.

Kredit: Max-Infos.Com

Baca ini > Hadiah eksklusif bernilai sehingga RM778,000 menanti di roadshow HONOR Magic V2