Friday, May 17, 2024

Kad Raya Aidilfitri Berstatus ‘Collector’s Item’ Karya Ujang Di StarVendors

Jika anda mencari sesuatu yang lain Aidilfitri ini, apa kata berkunjung ke reruai Media bernombor 4026 di StarVendors KLCC Mega Raya Fest 2024.

Hal ini demikian kerana di reruai berkenaan, pengamal media yang terlibat dalam projek bisnes raya menampilkan kad raya Aidilfitri karya Ujang.

Menurut jurucakap reruai bernombor 4026, ia bukan sekadar kad raya Aidilfitri semata-mata sebaliknya berstatus collector’s item yang diburu.

“Kad raya ini berusia kira-kira lebih 20 tahun dan penampilan kad raya Aidilfitri berstatus collector’s item ini ibarat sesuatu yang sangat rare.

“Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang serba membosankan ini, budaya memberi kad raya Aidilfitri wajar disemarakkan untuk mewujudkan rasa seronok,” katanya.

Bercakap kepada Refleks.my, reruai Media bernombor 4026 terletak di Dewan 4, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) dan beroperasi selama 72 jam.

“Pengunjung perlu masuk dari Dewan 5 dan berjalan keluar dari Dewan 4. Sebelum melewati zon keluar, reruai Media berada di sekitar kawasan tersebut.

“Sekiranya tidak berkesempatan untuk hadir dan berminat untuk mendapatkan collector’s item ini, boleh berhubung dengan Akyem Samad di talian 011-17117086,” katanya.

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 merupakan sebuah acara anjuran StarVendors Event Sdn Bhd dan untuk tahun ini, ia bermula dari 29 Mac hingga 1 April. – REFLEKS!

Baca ini > Sempat Cuci Mata Sampai Penat Di Starvendors Tapi Tak Larat Nak Berpusing Balik!