Friday, May 17, 2024

Nur Fathiah Syazwana Bersyukur Allah Bagi Jalan Buat Dirinya Untuk Beramal

Setelah lama menyepi, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin akan tampil di Masjid As-Syakirin KLCC, Jumaat ini bagi meneruskan niatnya untuk beramal.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah dapat persetujuan daripada Masjid As-Syakirin KLCC berkenaan dengan niat saya untuk beramal sedikit semasa solat Jumaat.

“Setelah sekian lama tidak dapat beramal secara terbuka, Alhamdulillah hari ini Allah SWT buka jalan untuk saya,” katanya.

Nur Fathiah Syazwana berkata demikian dalam satu kandungan di Instagram dan berharap dapat berjumpa dengan orang ramai pada 8 Disember 2023 kelak.

Nur Fathiah Syazwana yang juga mesra disapa sebagai Cleo bukan sahaja merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd sejak 2021.

Malah wanita hebat ini juga merupakan pengasas sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Hetero Action Women Alliance (Hawa). – REFLEKS!